1.0 Produk
Barangan di dalam laman ini adalah dalam bentuk pre-order dan 100% original.
Warna yang tertera mungkin berbeza sedikit dari warna sebenar atas faktor pencahayaan.Penukaran corak adalah tidak dibenarkan sama sekali sekiranya pembelian telah dibuat.
Untuk pembelian secara tunai, jika
corak yang dikehendaki tiada stok, boleh tukar ke corak lain atau
jaminan wang 100% akan dikembalikan.
2.0 Pembayaran
i. secara Tunai
Bayaran perlu dibuat secara tunai ke akaun Maybank kami dan barangan boleh mula diambil sebaik sahaja tiba di Malaysia.
ii. secara ansuran
Untuk pembayaran secara ansuran, deposit sebanyak 50% diperlukan dan tiada kadar faedah akan dikenakan. Penukaran corak juga tidak dibenarkan serta deposit tidak akan dikembalikan.
3.0 Penghantaran
Harga yang ditawarkan adalah untuk hand pickup di kawasan Selangor/Kuala Lumpur.
Untuk pengeposan, caj sebanyak RM30 (untuk 16 pcs) diperlukan untuk setiap set.
4.0 Waranti
Tiada waranti akan diberikan. Kami TIDAK akan membuat penggantian ke atas item yang didapati pecah/rosak selepas penghantaran/pengambilan dibuat kepada/oleh pihak pembeli. Ini kerana harga yang ditawarkan adalah yang terbaik dari pihak kami. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan syarat ini, adalah dinasihatkan untuk anda membuat pembelian di pasaraya terkemuka seperti Sogo, AEON Jusco, Metrojaya atau Parkson.
Untuk mengelakkan sebarang kesulitan, sila periksa keadaan barang tersebut ketika pengambilan dibuat (untuk hand pick up) atau benarkan kami memeriksa bagi pihak anda (untuk pengeposan terus ke rumah). Kerosakan yang berlaku akan mendapat gantian.
No comments:
Post a Comment